AM > BERITA

Remaja Lelaki Hampir Putus Dua Jari Akibat Mercun Bola

17/03/2025 03:23 PM

KOTA BHARU, 17 Mac (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lepas.

Ibu mangsa dikenali sebagai Siti, 24, berkata kejadian itu hanya disedarinya pada keesokan hari sekitar 11.30 selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala.

“Dia mengadu kepada sepupu bahawa dia sakit kepala sebelum saya sedar kecederaan di tangannya. Kami terus bergegas ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

"Bahagian jari telunjuk serta jari tengah tangan kanannya mengalami kecederaan teruk hingga menyebabkan tulang patah dan hancur. Kami dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat setakat ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan