AM > BERITA

Yang Dipertua Negeri Sabah Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan

17/03/2025 10:12 PM

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Seri Kinabalu di sini.

Mohamed Khaled menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya berkata ia adalah pertemuan pertama mereka sejak Musa dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada Januari lepas.

Beliau berkata pertemuan itu memberi ruang kepadanya untuk memaklumkan kepada Musa berkaitan keadaan dan situasi keselamatan di Sabah.

“Kerajaan Persekutuan terus memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan Sabah terkawal dan memperuntukkan lebih RM2 bilion bagi pembangunan infrastruktur pertahanan termasuk membina tiga pos keselamatan baharu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata pertemuan itu turut membincangkan soal cabaran pertahanan sama ada dari dalam mahupun luar negara, selain menjemput Musa menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 pada 20 hingga 24 Mei depan.

“Semoga hubungan erat antara Sabah dan Kementerian Pertahanan dapat terus diperkukuh bagi menangani cabaran keselamatan dengan lebih berkesan dan memastikan wilayah ini kekal aman dan selamat,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan