AM > BERITA

Op Hazard: PGA Sarawak Rampas E-waste Bernilai Lebih RM14 Juta

18/03/2025 01:34 PM

KUCHING, 18 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM14.69 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini menerusi Op Hazard Sarawak, semalam.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata serbuan di premis disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen antara 10 pagi hingga 4 petang itu, turut melibatkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata pasukan serbuan turut menahan sembilan individu termasuk masing-masing seorang wanita tempatan dan lelaki warga asing berumur antara 26 hingga 55 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah 525.45 tan komponen e-waste belum diproses bernilai RM14.69 juta, tiga kenderaan berat (RM2.4 juta), lima mesin dan peralatan pelbagai jenis (RM3.02 juta) serta rampasan lain bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM21.61 juta. 

Kesemua rampasan diserahkan kepada JAS dan PBT untuk siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, serta Undang-Undang Kecil dan Kaedah-Kaedah Majlis Perbandaran Padawan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan