PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Sebanyak 45 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana gagal memenuhi syarat dalam operasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan media memaklumkan sebanyak 115 warga asing telah diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula 9 pagi yang tertumpu di balai ketibaan antarabangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati 36 warga Bangladesh dan sembilan lelaki Pakistan dikesan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini," menurut kenyataan itu hari ini.
AKPS memaklumkan setelah siasatan, pihak berkuasa memutuskan individu terbabit tidak dibenarkan mendarat.
Menurut agensi itu operasi berkenaan bertujuan memastikan pematuhan terhadap Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen (ATKPI), Arahan Pentadbiran dan arahan-arahan semasa yang berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
AKPS memaklumkan agensi itu terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial