AM > BERITA

Agong Berkenan Lakukan Tinjauan Mesra Sekitar Bukit Bintang Bersama Anwar

20/03/2025 12:13 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan sesi tinjauan mesra itu berlangsung selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.

Hantaran itu turut berkongsi beberapa keping gambar Sultan Ibrahim dan Anwar berjalan kaki menyusuri Bukit Bintang di sekitar laluan di hadapan Menara Genesis serta pusat beli belah Fahrenheit 88. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan