KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Penggunaan teknologi terkini perlu diadaptasi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kajian pemetaan dan latihan penguatkuasaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata selain itu, penggunaan teknologi terkini perlu bagi meningkatkan aktiviti pemantauan berkaitan penyeludupan dan perdagangan hidupan liar dan melakukan kajian lebih terperinci mengenai kempen bebas plastik untuk kelestarian alam semula jadi.
“Dengan perancangan dan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan kementerian, saya percaya ini akan terus meletakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang memberi fokus terhadap pemeliharaan alam sekitar, sejajar dengan agenda global pembangunan lestari.
“Impaknya, kita semua dapat menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” kata beliau menerusi catatan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat pengurusan tertinggi NRES bagi mendapatkan perkembangan terkini dan meneliti gerak kerja selain berbincang idea tambahan untuk penambahbaikan kementerian tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial