AM > BERITA

Fahmi Rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025

23/03/2025 01:23 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi lewat malam ini.

Festival selama 80 jam tanpa henti itu, berlangsung sejak Khamis dan akan berakhir Isnin ini. 

Fahmi dalam ucapannya berkata beliau telah membincangkan beberapa perkara dengan penganjur untuk memeriahkan lagi festival berkenaan. 

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat bazar dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung selain menyaksikan persembahan Aisha Retno dan Agy. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengasas dan Pengarah Urusan Starvendors Datuk Ifa Raziah. 

Karnival Starvendors kali ini berlangsung di venue baharu dengan jualan di kawasan tertutup yang beroperasi selama 24 jam sehari dan antara lain menawarkan pakaian, barang kecantikan, kuih raya serta dekorasi rumah manakala kawasan terbuka pula menempatkan gerai makanan yang beroperasi dari 3 petang hingga 6 pagi.

Lebih 50 artis dan pempengaruh menyertai festival itu sebagai vendor termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Vanidah Imran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan