AM > BERITA

Pembuat Biskut Raya Di Labuan Diingatkan Berwaspada Terhadap Risiko Kebakaran

23/03/2025 07:06 PM

LABUAN, 23 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menggesa pembuat biskut raya, termasuk suri rumah dan pengusaha komersial, supaya lebih berwaspada terhadap risiko kebakaran, khususnya litar pintas elektrik, ketika pengeluaran biskut meningkat menjelang Aidilfitri.

Pengarahnya Abdul Rahman Ali berkata musim perayaan sering menyaksikan peningkatan penggunaan ketuhar, pengadun dan peralatan elektrik lain, yang boleh meningkatkan risiko beban elektrik berlebihan dan litar pintas jika tidak diselenggara atau digunakan mengikut garis panduan keselamatan.

“Kami menjangkakan suri rumah dan kedai biskut raya akan beroperasi lebih masa bagi memenuhi permintaan.

“Kami berharap mereka mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dalam mengendalikan peralatan elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran di Kompleks Financial Park, di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar pemeriksaan sistem pendawaian dilakukan secara berkala, mengelakkan penggunaan sambungan elektrik yang rosak serta memastikan peralatan elektrik ditutup apabila tidak digunakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan