AM > BERITA

Raja Muda Selangor Berkenan Hadir Program Iftar Di KKKJ

25/03/2025 11:15 PM

PETALING JAYA, 25 Mac (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menghadiri Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ).

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menandatangani buku pelawat KKKJ serta melawat sekitar kolej itu.

Baginda diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang juga Penasihat Yayasan TZA, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selain itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan duit raya kepada 160 penuntut KKKJ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KKKJ turut menerima sumbangan 160 kotak makanan serta dua unit komputer riba daripada Yayasan TZA.

Dalam ucapannya, Tengku Zafrul menyatakan bahawa anak muda memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi Malaysia ke arah industri berteknologi tinggi, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“Para pelajar perlu memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan serta menggalakkan semangat keusahawanan dan inovasi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan