KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menawarkan hadiah bernilai RM38,800 menerusi kempen 'Raya Mestilah ONZ!’ bermula 14 Feb hingga 15 April ini.
Hadiah yang ditawarkan termasuk hadiah utama baucar emas bernilai RM6,000, tiga baucar emas RM4,000 (kedua), lima baucar emas RM2,000 (ketiga) dan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100 untuk 12 pemenang mingguan serta bonus 500 Smart Points bagi setiap peserta.
“Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM15 bagi mana-mana produk Ajinomoto dalam satu resit, mengambil gambar resit dan menghantarkannya melalui WhatsApp di talian 6014-914 7118 atau menerusi smartcooking.com.my,” menurut AMB dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, AMB turut mengadakan program Pak Aji Terjah Bazar di tiga bazar sekitar Kuala Lumpur, membolehkan pengunjung menyertai kuiz, aktiviti menarik, serta mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Beli & Menang ‘Raya Mestilah ONZ!’ di TikTok, ajinomoto_my_foodie.
Selain itu, AMB juga menawarkan Set Raya Istimewa pada harga RM15.50 termasuk sampul raya edisi terhad.
“Set ini boleh didapati di Ajinomoto My Shopee, Lazada, dan smartcooking.com.my,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial