AM > BERITA

Jualan Khas Semarak Syawal Terengganu Tawar Potongan Harga Hingga 30 Peratus

28/03/2025 07:56 PM

Pengarah FAMA Terengganu Muhammad Fadlee Hassan berkata jualan yang bermula pada 22 Mac hingga esok itu diadakan di lima lokasi Pasar Tani Kekal (PTK), iaitu PTK Nyiur Tujuh di Besut, PTK Chukai di Kemaman, PTK Chendering (Kuala Terengganu), Pasar Tani Kuala Berang (Hulu Terengganu) dan Pasar Tani Padang Hiliran (Kuala Terengganu).

"Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pendapatan usahawan menjual hasil pertanian dan produk asas tani mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Semarak Syawal@PTK Nyiur Tujuh di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Fadlee berkata nilai jualan di empat PTK di seluruh negeri pada Januari dan Februari tahun ini mencecah RM5 juta.

“Nilai jualan di 10 pasar tani di Terengganu pula mencapai nilai jualan RM3.3 juta dalam tempoh sama,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Fadlee memberi jaminan bekalan bahan mentah di Terengganu, seperti ayam dan ikan mencukupi untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan