AM > BERITA

Maxis Serikan Suasana Ramadan, Hari Raya Melalui Program Komuniti

28/03/2025 11:29 PM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia terus menghidupkan suasana Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan memperluas program komuniti dan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Maxis menerusi kenyataan hari ini memaklumkan antara inisiatif utama yang dilaksanakan adalah penganjuran majlis iftar bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf di pusat Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) di Bentong, Pahang pada Isnin lepas.

“Maxis telah memberi sumbangan perabot dan kelengkapan tempat tidur, mengagihkan baucar hadiah, serta menjalankan gotong-royong bagi menceriakan kemudahan dan ruang komuniti di pusat berkenaan.

"Acara yang menghimpunkan 70 tetamu termasuk Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan anak-anak yatim, asnaf, kakitangan BANZ serta sukarelawan Maxis, disempurnakan dengan iftar selain solat tarawih,” menurut kenyataan itu. 

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis Mariam Bevi Batcha berkata program itu antara lain bertujuan membina hubungan bermakna bersama komuniti, sekali gus memperkasakan komuniti pelanggan Maxis.  

“Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk membina hubungan bermakna dan memperkasakan komuniti yang kami berkhidmat. Detik-detik seperti ini mengingatkan kami bahawa sambutan perayaan bukan sekadar tradisi, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kebersamaan,” katanya.

Young Syefura dalam kenyataan yang sama pula berkata inisiatif oleh badan korporat seperti ini dapat memberi impak positif mengeratkan hubungan dan menyediakan bantuan asas kepada komuniti setempat.

“Pada musim perayaan, adalah penting untuk kita menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan. Saya berharap lebih banyak syarikat turut serta dalam program seperti ini," katanya.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada program jangkauan komuniti Ramadan, Hotlink turut mengadakan Jelajah Kampus Bubur Lambuk Hotlink dengan kerjasama penerbit permainan Honor of Kings bagi membawa keceriaan kepada pelajar dan komuniti setempat. 

"Dengan sokongan sukarelawan daripada Maxis dan institusi yang mengambil bahagian, sebanyak 11,000 hidangan bubur lambuk telah diagihkan di universiti dan politeknik di Wilayah Tengah, Selatan dan Pantai Timur bermula 11 Mac hingga 20 Mac lepas," menurut Maxis. 

Pada masa yang sama, sempena Aidilfitri kali ini, Maxis turut memperkenalkan filem perayaan menyentuh hati bertajuk "Saat Bermakna" yang menekankan kepentingan kekal berhubung dengan insan tersayang.

Filem ini menampilkan Maxis sentiasa bersama pelanggannya dalam apa jua saat penting Aidilfitri dan Maxis turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan