AM > BERITA

Hajiji Ajak Rakyat Sabah Bersama Kekalkan Perpaduan, Keharmonian

29/03/2025 04:02 PM

KOTA KINABALU, 26 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Beliau juga meminta semua pihak bersama-sama membangunkan Sabah sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Sempena Hari Raya adalah penting untuk kita mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan satu daripada makna Aidilfitri, marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka memerlukan. 

"Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu dihadapi oleh rakyat," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Ketua Menteri berkata dalam meraikan Aidilfitri, jangan lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan sepanjang Ramadan.

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan dan pemahaman,” katanya.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan