KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Isu serangan ganas Israel yang semakin memuncak di bumi Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdoğan.
Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu dibangkitkan dalam panggilan telefom antara beliau dan sahabat baiknya pada petang tadi.
“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang.
“Saya menegaskan keperluan segera untuk mempertimbangkan rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini. Alhamdulillah, Erdoğan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” katanya.
Dalam kesempatan itu, Anwar turut menyampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada Erdoğan dan keluarganya.
Beliau turut menghargai perkembangan hubungan dua hala amtara kedua-dua negara yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan beliau ke Malaysia tempoh hari.
“Dalam perbualan ini, saya turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye. Semoga persahabatan erat antara kedua-dua pemimpin negara yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial