AM > BERITA

Kebakaran Saluran Gas: 25 Terima Rawatan Awal Setakat 10.35 Pagi

01/04/2025 11:02 AM

SUBANG JAYA, 1 April (Bernama) -- Setakat 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Tinjauan Bernama di kawasan kuil berkenaan mendapati beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas.

Difahamkan lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan