AM > BERITA

Kebakaran Saluran Gas: JAS Akan Jalankan Pemantauan Kualiti Udara

01/04/2025 12:52 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pemantauan kualiti udara akan dijalankan susulan kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata JAS Selangor sudah menghantar pasukan awal ke lokasi berkenaan bagi membuat penilaian awal. 

“Orang ramai juga dinasihatkan menjauhi kawasan berdekatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata perkembangan lanjut juga akan dimaklumkan menerusi kenyataan media selepas ini setelah segala maklumat berkaitan diperoleh. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api marak menjulang tinggi dan operasi pemindahan penduduk turut dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan