KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Subang Jaya, Selangor disebabkan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, telah pulih sepenuhnya.
TNB Careline dalam kenyataan di laman Facebook berkata sebelum ini pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menilai situasi awal pagi tadi, dan kerja-kerja pemulihan bekalan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan,” menurut kenyataan itu.
TNB juga memaklumkan akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Pengguna di kawasan yang terjejas bekalan elektrik boleh menghubungi TNB di talian 15454 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
Dalam kejadian pagi tadi, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berhampiran dengan kawasan perumahan awam itu berlaku akibat kebocoran saluran paip gas yang dianggar sepanjang 500 meter.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial