KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuh raya ELITE ditutup kepada semua kenderaan susulan kebakaran paip saluran gas berhampiran Putra Heights.
PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengguna menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield sebelum masuk semula ke lebuh raya menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
“Sementara itu, pengguna menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula melalui Plaza Tol Seafield.
“Dalam pada itu, semua laluan masuk ke Lebuh raya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelak kesesakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial