AM > BERITA

190 Rumah Rosak Dalam Kebakaran Saluran Gas - Bomba

01/04/2025 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sebanyak 190 unit rumah rosak dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya setakat 3.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata tragedi berkenaan turut menyebabkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.

"Rumah dan kenderaan terbabit dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pada kejadian pagi tadi, api kebakaran dianggarkan menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.

Beliau berkata setakat 1.55 tengah hari, kebakaran semakin reda dan radius kebakaran juga telah berkurangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan