AM > BERITA

Syarikat Insurans Sedia Bantu Mangsa Putra Heights

01/04/2025 11:17 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Syarikat insurans sedia membantu pelanggan yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Takaful Malaysia menerusi kenyataan di Facebook meminta pelanggan yang terjejas supaya menghubungi syarikat berkenaan.

“Kami memahami tekanan dan cabaran besar yang mungkin timbul, dan kami berada di sini untuk menyokong anda dalam masa yang sukar ini. Sila kekal selamat dan patuhi semua protokol keselamatan.

"Bagi mereka yang terlibat dalam tragedi itu, anda boleh menghubungi kami melalui talian bantuan. Kami sentiasa bersama warga Putra Heights dalam menghadapi dugaan ini,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 012-9271686 atau 017-3283543 untuk tuntutan bukan motor, manakala bagi tuntutan motor, talian 1800-888-788 disediakan.

Sementara itu, Etiqa dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa ia akan meluluskan tuntutan untuk pelanggan yang layak tanpa memerlukan laporan polis bagi memastikan proses tuntutan lebih lancar dan pantas.

Pemegang polisi yang terjejas boleh menghubungi Talian Khas Etiqa - Tuntutan Letupan Putra Heights melalui WhatsApp di 011-16306646 atau menghubungi 03-2692 8188.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan