AM > BERITA

Sultan Pahang Titah Pentingkan Keselamatan Jalan Raya

08/04/2025 11:06 AM

KUANTAN, 8 April (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa menekankan aspek keselamatan terutamanya ketika di jalan raya.

Baginda bertitah aspek keselamatan dan sikap berhati-hati mampu membantu pengguna jalan raya daripada terlibat dengan sebarang kejadian tidak diingini.

“Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan setiap penunggang motosikal agar sentiasa memakai topi keledar dan memiliki lesen kenderaan sah,” menurut hantaran dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang hari ini. 

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, di kediaman mereka di Kampung Seri Chempaka, di sini semalam. 

Muhammad Hazeem Hazimi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat parah di kepala, selepas motosikalnya terbabas kerana terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh di sini, pada Jumaat.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan