IPOH, 10 April (Bernama) -- Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini diramalkan hujan pada sebelah pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemas kini ramalan cuaca khas di laman rasmi Facebooknya turut memaklumkan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang.
“Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya.
“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” menurut kemas kini itu.
Orang ramai yang mahu mengetahui maklumat cuaca boleh memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta informasi cuaca yang pantas dan sahih menerusi saluran Telegram https://t.me/metmalaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan hari pengundian awal pada 22 April.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya Ishsham Shahrudin pada Februari lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial