AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Terus Menurun

10/04/2025 05:44 PM

JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) - Jumlah mangsa banjir di Johor menurun petang ini kepada 245 orang daripada 78 keluarga berbanding 290 mangsa daripada 96 keluarga pada pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa yang terjejas di Batu Pahat masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

Beliau berkata mangsa banjir terdiri daripada penduduk dari Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan petang ini melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala keadaan mendung dilaporkan di Pontian.

“Dua sungai dilaporkan berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang dengan bacaan 3.14 meter dan Sungai Batu Pahat pada paras bacaan 2.30 meter serta lain-lain sungai di negeri ini menunjukkan paras normal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan