AM > BERITA

PM Anwar Hadir Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Di Bachok

12/04/2025 11:37 AM

BACHOK, 12 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung meriah di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada 10.45 pagi disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar turut kelihatan menyantuni beberapa pengunjung.

Antara hidangan disajikan di majlis pagi ini yang menarik perhatian ramai ialah Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang, Kambing Golek, Satay, Lemang, Ketupat, ABC, kuih-muih tradisional Kelantan dan pelbagai hidangan ikonik Pantai Timur.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa artis tempatan dan ikon dikir barat antaranya Irfan Mutiara Biru, Adik Ryan dan Sirat Maharaja yang memeriahkan suasana dengan alunan budaya warisan Kelantan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan