AM > BERITA

Bekas ADUN Seberang Jaya Meninggal Dunia Akibat Kanser

13/04/2025 12:20 PM

BUTTERWORTH, 13 April (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam, pada 6.55 pagi tadi.

Berita pemergian Dr Radin Muhamad Amin, 71, disahkan menantunya Danial Sulaiman, 38, dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.

“Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya selepas solat zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.

Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan