SHAH ALAM, 14 April (Bernama) -- Pusat Borong GM Klang akan mengadakan program ‘Gina & Mat Got Talent’ Edisi Raya, sebuah pertandingan mencungkil bakat khas untuk si cilik yang akan berlangsung di pusat borong terkemuka itu, Sabtu ini.
Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman berkata program di bawah kempen Rancak Rioooh Raya 2025 yang dianjurkan dengan kerjasama Smart Reader Kids itu membuka peluang kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun menyerlahkan bakat dalam tarian, nyanyian, bercerita serta lain-lain bertemakan hari raya.
Beliau berkata selain menjadi platform mengetengahkan bakat kanak-kanak, acara itu turut mengukuhkan lagi kedudukan GM Klang sebagai destinasi utama untuk membeli-belah dan hiburan keluarga.
“Kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman bermakna buat setiap pengunjung terutama sekali keluarga yang berkunjung ke GM Klang. Selain menawarkan pelbagai keperluan borong, kami mahu menjadikan setiap kunjungan di sini lebih istimewa, terutamanya buat kanak-kanak.
“Tambahan pula, GM Klang terkenal dengan rangkaian produk kanak-kanak seperti permainan kanak-kanak, fesyen dan aksesori,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Norsuhaida berkata pengunjung juga berpeluang bertemu dan bergambar bersama maskot Gina dan Mat di samping menyertai pelbagai permainan menarik seperti Samping Sprint dan Sauk Kuih serta mencuba aktiviti menganyam ketupat.
Beliau berkata program itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan kegemaran kanak-kanak, Iman Darwisy dan Amad Dayyan yang pastinya menceriakan pentas dan menghiburkan pengunjung.
“Jom raikan kemeriahan Aidilfitri bersama kami di GM Klang. Ajak seluruh keluarga, datang bergembira dan cipta memori indah bersama si cilik dalam suasana penuh warna dan ceria. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti anda,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web rasmi GM Klang atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi untuk info terkini serta sorotan menarik sepanjang musim perayaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial