AM > BERITA

PM Anwar Ucap Selamat Menyambut Perayaan Songkran

14/04/2025 04:01 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Songkran kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.

Beliau berkata perayaan Songkran di Malaysia, yang disambut oleh komuniti Thai terutama di negeri seperti Kedah, Perlis, dan Kelantan, membawa simbolik mempererat hubungan kekeluargaan dan komuniti, menandakan permulaan tahun baharu yang suci, penghormatan kepada generasi terdahulu serta pengukuhan ikatan masyarakat yang diraikan dengan penuh adat dan budaya yang kaya.

“Sambutan ini juga mengingatkan kita semua bahawa perpaduan bukan sekadar terletak pada toleransi, tetapi turut merangkumi pengiktirafan dan penghargaan terhadap warisan budaya setiap komuniti.

“Masyarakat Siam adalah sebahagian penting daripada mozaik kebangsaan kita, yang turut menyumbang kepada kekayaan identiti Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan MADANI sentiasa memelihara dan meraikan kepelbagaian ini, serta mengajak seluruh rakyat untuk terus memupuk semangat saling memahami dan memperkukuh perpaduan demi kemakmuran bersama.

Songkran merupakan perayaan Tahun Baharu tradisional bagi masyarakat Thailand dan beberapa negara di Asia Tenggara, termasuk masyarakat Siam di Malaysia. Ia lazimnya disambut pada April setiap tahun, dengan kemuncaknya antara 13 hingga 15 April.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan