AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Menurun, Sabah Kekal

18/04/2025 10:41 AM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Situasi banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 37 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 41 orang direkodkan semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat. 

“Kawasan yang masih terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar. Selain itu, cuaca di semua 10 daerah pada pagi ini diramalkan cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 155 orang daripada 54 keluarga di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, Beaufort pada pagi ini.

“Enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal,” menurut sekretariat itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan