KOTA KINABALU, 2 Mei (Bernama) -- Sebanyak 272 orang daripada 87 keluarga dipindahkan akibat banjir di Sook setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 203 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 orang daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.
"Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook," menurut kenyataan itu.
Sook merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah yang terletak 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial