AM > BERITA

Great Eastern Takaful Lancar i-Great Chinta, Tawar Pelan Perlindungan Fleksibel

05/05/2025 11:07 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah melancarkan pelan perlindungan terbaharunya i-Great Chinta semalam, menawarkan pelan perlindungan tinggi dan fleksibel khusus kepada individu yang ingin mewariskan legasi bermakna kepada insan tersayang.

GETB dalam kenyataan memaklumkan Pelan i-Great Chinta dengan membawa mesej utama ‘Chinta Sejati, Sejuta Impian' menyediakan jumlah perlindungan asas (JPA) minimum RM800,000 untuk kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK), serta manfaat kesetiaan hingga lapan peratus daripada sumbangan asas tahunan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif GETB Shahrul Azlan Shahriman berkata matlamat pihaknya adalah sentiasa melindungi perkara penting buat pelanggan dan memahami keperluan serta kepelbagaian keutamaan dalam setiap peringkat hidup.

“i-Great Chinta lebih daripada sekadar pelan perlindungan. Ia melambangkan keprihatinan, tanggungjawab dan pandangan jauh untuk persediaan masa hadapan.

“Dengan adanya perlindungan sebegini, kita memperoleh ketenangan minda apabila kewangan mereka yang bakal ditinggalkan selepas pemergian kita akan terjaga. Inilah perlindungan legasi yang diinginkan buat para pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan sama.

Pelan tersebut turut menawarkan manfaat kematian tambahan ketika menunaikan haji atau umrah bukan disebabkan oleh kemalangan, serta pilihan i-Saver Rider yang membolehkan pelanggan menambah simpanan melalui dana pelaburan patuh syariah yang akan dibayar mengikut tempoh kematangan sijil.

Sempena pelancaran itu, GETB turut melancarkan kempen khas bermula 1 Mei hingga 1 Julai ini yang menawarkan jumlah perlindungan asas serendah RM500,000, membolehkan pelanggan mengorak langkah dan menyertai pelan takaful dengan sumbangan bulanan lebih rendah.

Selain itu, GETB memperkenalkan teknologi pengiklanan digital terkini, Hypergram, di pusat beli-belah Sunway Pyramid bagi menarik perhatian umum terhadap kepentingan hibah dan pelan perlindungan yang memperkayakan pengalaman visual pengguna melalui penyampaian mesej bermakna serta interaktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Great Chinta, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi di www.greateasterntakaful.com atau menghubungi perunding takaful.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan