ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan penutupan sementara ruang udara Langkawi menjelang berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Menerusi satu hantaran di media sosial CAAM hari ini, penutupan itu bakal dilaksana secara berperingkat, bermula dengan latihan pertunjukan udara dari 6 hingga 14 Mei yang akan berlangsung selama 45 minit, mengikut waktu yang dianggap sesuai oleh Pengurusan CAAM Langkawi.
Dari 15 hingga 19 Mei, latihan akan diadakan bermula 8.30 hingga 9.15 pagi dan 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.
Pertunjukan udara sebenar akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei, mengikut jadual berikut:
i. 20 Mei: 8.30 hingga 9.15 pagi dan 12 tengah hari hingga 2.30 petang
ii. 21 hingga 22 Mei: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang
iii. 23 hingga 24 Mei: 10.00 pagi hingga 12 tengah hari, dan 2.30 petang hingga 4.30 petang
Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan memaklumkan pesawatnya akan mengadakan latihan penerbangan sempena LIMA’25 bermula esok.
Menurut TUDM, latihan penerbangan itu membabitkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter melibatkan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 6 hingga 13 Mei di ruang udara Alor Setar dan Butterworth manakala Fasa 2 bermula 14 hingga 19 Mei di ruang udara Langkawi.
Bertemakan “Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, LIMA’25 yang akan berlangsung di Langkawi itu antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial