AM > BERITA

Sensodyne Lancar Semula Rumusan "Fresh Mint" Tangani Gigi Sensitif

09/05/2025 04:11 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sensodyne, jenama ubat gigi sensitif nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan semula varian Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk memberi kelegaan berpanjangan, di samping menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi "bertahan" dan mula menjalani kehidupan yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif.

Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, menerusi kenyataan memaklumkan hasil tinjauan terkini yang dilakukan syarikat itu mendedahkan terdapat kebimbangan besar dalam kesihatan awam di negara ini, iaitu gigi sensitif.

"Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69 peratus mengalami gigi sensitif secara berterusan manakala 61.8 peratus memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding mendapatkan rawatan pergigian.

"Tinjauan yang menumpukan pada kumpulan berusia 18 hingga 40 tahun itu menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini.

"Sebanyak 38.4 peratus responden terdiri daripada mereka yang berumur 26 hingga 40 tahun manakala 34.6 peratus berusia antara 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur," menurut kenyataan itu.

Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia dan menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya dengan makanan sejuk dikenal pasti sebagai punca utama gigi sensitif sebanyak 58.5 peratus, diikuti makanan manis dan minuman panas.

"Lebih membimbangkan hanya 13.1 peratus responden mengambil tindakan menangani sensitiviti, seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti, iaitu perlindungan 24 jam dengan penggunaan berterusan dan memberus dua kali sehari, rumusan baharu memberikan rasa segar yang berpanjangan, serta teknologi pembersihan tiga tindakan – menggilap gigi, menghilangkan kotoran dan menyingkirkan bakteria.

Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence bertajuk Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH).

"Kajian itu mengenal pasti bahawa 100 peratus pengguna tetap Sensodyne berpuas hati setiap hari dan 98 peratus melaporkan gejala sensitiviti mereka bertambah baik," menurut kenyataan itu.

Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Law Chen dalam kenyataan sama berkata Sensodyne bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius.

"Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif sehingga terlepas detik-detik kecil yang indah dalam hidup, seperti menikmati kopi ais atau aiskrim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha menangani punca sebenar.

"Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti," katanya.

Sementara itu, pakar periodontik daripada Persatuan Pergigian Malaysia Dr Mohd Salman Masri berkata sensitiviti gigi bukan isu kecil kerana ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam, namun ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne turut melancarkan kempen A Happy Mouth is … A Happy Mind dengan menawarkan pemeriksaan gigi percuma di lebih 500 klinik di seluruh negara dari 21 April hingga 21 Mei ini.

Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan