AM > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

10/05/2025 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

Sultan Ibrahim bertitah menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu bukanlah amalan bermusim atau terikat pada tarikh tertentu sahaja.

“Sebagaimana dititikberatkan dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa ibu adalah insan yang mulia, diperintahkan Allah untuk berbuat baik kepadanya. Begitu juga berbakti kepada ibu kerana syurga berada di bawah kedua kakinya,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah Seri Paduka Baginda sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan seorang isteri yang amat penyayang kepada anak-anak.

“Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan