BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 AM > BERITA

Siasatan Terperinci Nahas Babitkan Kenderaan FRU - Shamsul Anuar

13/05/2025 01:42 PM

LENGGONG, 13 Mei (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci nahas yang mengorbankan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) melibatkan sebuah trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, di Teluk Intan pagi ini.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa, Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah sewajarnya akan diambil termasuk dalam soal kebajikan waris dan sebagainya. 

“Saya mengharapkan ahli keluarga mangsa yang terkorban tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang berlaku ini.

“Saya juga yakin bukan hanya siasatan malah pihak polis juga akan membantu mengambil langkah sewajarnya dalam soal kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Pondok Polis Sementara Kampung Beng di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas yang berlaku pada 8.54 pagi membabitkan lori FRU dengan 15 penumpang serta pemandu di dalamnya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan