PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata kejujuran, semangat juang dan pemikiran kelas pertama perlu terus disemai dalam kalangan warga kerja sebagai tunjang kemajuan negara.
Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook sempena kehadirannya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Baiduri, Menara PETRA di sini hari ini.
“Perhimpunan ini bukan sekadar rutin bulanan, tetapi merupakan ruang muhasabah dan suntikan semangat untuk kita semua terus melangkah dengan iltizam dan integriti,” katanya.
Sementara itu, sempena Hari Air Sedunia 2025 bertemakan “Glacier Preservation”, Fadillah menyeru semua pihak agar mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
Merujuk sambutan Hari Pekerja 2025 bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa” pula Fadillah berkata tema tersebut mengangkat peranan penting warga kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta dalam memacu pembangunan negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial