AM > BERITA

Projek Pembahagian Sistem Elektrik Di Kota Kinabalu Siap Sepenuhnya - Fadillah

17/05/2025 11:29 AM

KOTA KINABALU, 17 Mei (Bernama) -- Projek Pembahagian mengukuhkan Sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV elektrik di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa terakhir melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang yang telah beroperasi pada 3.56 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek bernilai RM22.4 juta ini merupakan projek kedua di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang berjaya disiapkan pada tahun ini.

Beliau berkata projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu yang melibatkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang, PMU Kepayan dan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) KKIA yang menanggung beban tinggi.

"Dengan siapnya projek ini, tempoh gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan dan proses membaik pulih bekalan elektrik di sekitar bandar Kota Kinabalu akan menjadi lebih cepat dan teratur," katanya dalam perkongsian menerusi laman Facebooknya hari ini.

Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan