AM > BERITA

Finas, Delegasi Indonesia Bincang Kerjasama Produksi Filem Di Cannes

17/05/2025 04:03 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengadakan perbincangan dua hala dengan delegasi Indonesia yang diketuai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia Giring Ganesha bersempena penganjuran Marché du Film (MDF) 2025 di Cannes, Perancis.

Finas menerusi hantaran di Instagram rasminya memaklumkan perbincangan itu memberi tumpuan kepada kerjasama produksi filem serumpun berbahasa Melayu bagi mengetengahkan budaya dan nilai ketimuran ke pentas antarabangsa.

Selain itu, sesi berkenaan turut menekankan usaha memperkukuh ekosistem animasi melalui kerjasama pembangunan kandungan antara dua negara.

“Diharapkan inisiatif ini dapat menjadikan Malaysia dan Indonesia peneraju kandungan kreatif serantau yang berdaya saing di peringkat global,” menurut hantaran itu.

Turut hadir dalam perbincangan berkenaan ialah Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan Republik Indonesia Ahmad Mahendra serta barisan pelakon tersohor Indonesia antaranya Christine Hakim, Chelsea Islan, Iko Uwais dan Reza Rahadian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan