AM > BERITA

Polis Musnah Bom Jenis Artileri Di Seri Iskandar

19/05/2025 10:05 PM

IPOH, 19 Mei (Bernama) -- Sebutir bom jenis Artileri 155 milimeter ditemui seorang pekerja tapak projek di sebuah kawasan lapang di Sungai Tumbuh, Bandar Universiti, Seri Iskandar semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata lelaki tempatan berusia 55 tahun itu menjumpai bom seberat 35 kilogram tersebut ketika menjalankan kerja-kerja rutin pada 8 malam.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah digerakkan ke lokasi sebelum bom itu dimusnahkan dengan menggunakan teknik 'high-order detonation in situ' di tempat kejadian.

“Kaedah secara 'in situ' adalah bom lama yg dijumpai itu akan dimusnahkan di tempat asalnya...ketua UPB akan membuat penilaian dan keputusannya untuk bom itu diletupkan secara selamat tanpa berlaku kemalangan melibatkan nyawa," katanya.

Operasi tamat 9 pagi tadi dan siasatan lanjut mendapati kawasan berkenaan selamat. 

-- BERNAMA


 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan