AM > BERITA

Laluan Jalan Gua Musang–Kota Bharu Dibuka Semula Mulai Esok

27/09/2025 12:21 AM

KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) -- Laluan FT008, Seksyen 348.10 hingga 350.20 Jalan Gua Musang–Kota Bharu, yang melalui Bypass Kweng Hitam, Machang, dijadualkan dibuka semula kepada semua jenis kenderaan bermula pada 12 tengah hari esok.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Machang dalam kenyataan hari ini memaklumkan laluan itu dibuka bagi kedua-dua arah, membolehkan pergerakan dari Kota Bharu ke Gua Musang dan sebaliknya.

"JKR juga menekankan beberapa peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi pengguna jalan raya. 

"Had laju maksimum ditetapkan pada 30 kilometer sejam manakala had muatan kenderaan ialah 40 tan. Semua kenderaan dilarang berhenti di atas jambatan sementara Bailey bagi mengelakkan risiko terhadap struktur jambatan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Jajahan Machang menerusi talian 09-9752040.

Pada 15 Sept lepas, Jalan Persekutuan FT008, Seksyen 348.10 hingga 350.20 yang menghubungkan Gua Musang dengan Kota Bharu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan rekahan jalan yang semakin teruk akibat mendapan (sinkhole) yang dikhuatiri membahayakan keselamatan pengguna.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan