PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) – Seramai dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyertai lawatan penanda aras ke Central Bureau of Investigation (CBI) India bertujuan untuk berkongsi pendekatan dan perspektif dalam analisis harta berlebihan.
SPRM yang diwakili oleh dua pegawai dari Bahagian Analisa Kewangan (BAK), iaitu Dr H. Regjit Singh dan S. Renugasan turut membincangkan cabaran serta halangan utama dalam pelaksanaan pengiraan harta berlebihan yang diadakan di Akademi CBI, Ghaziabad, India pada 23 dan 24 Sept.
Dalam lawatan itu, bekas Pengarah Khas CBI, D.C. Jain turut menyampaikan taklimat mengenai kerangka undang-undang dan amalan CBI India dalam menganalisis harta berlebihan manakala pegawai SPRM turut berpeluang membentangkan pendekatan serta perspektif yang diguna pakai di Malaysia kepada pihak CBI India.
Selain dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan pegawai SPRM dalam siasatan jenayah berkaitan harta berlebihan, lawatan itu juga mengeratkan kerjasama rentas sempadan sekali gus memastikan siasatan dapat dijalankan SPRM secara menyeluruh dan menghasilkan output yang berkualiti serta berimpak tinggi.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial