AM > BERITA

Banjir Kedah: 107 Mangsa Masih Berlindung Di PPS

09/10/2025 09:23 AM

ALOR SETAR, 9 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan susulan keadaan yang semakin pulih, dengan hanya 107 orang daripada 32 keluarga masih berlindung setakat pagi ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas.

“Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, paras air di Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.21 meter (m), melebihi paras amaran 26m, manakala Sungai Pendang, Pendang merekodkan bacaan 2.34m, melebihi paras waspada 2.3m.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan