KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Baharu terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka hari ini.
TNB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan bekalan di sekitar kawasan terbabit adalah akibat pelantikan di Edra Power Plant.
“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas,” menurut kenyataan itu.
TNB turut menasihati orang awam supaya segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi talian 15454 atau menghantar pesanan menerusi Facebook TNB Careline, media sosial X @Tenaga_Nasional atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my.
TNB turut memaklumkan bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di stesen penjana itu sedang dipulihkan secara berperingkat.
Menurut kenyataan itu, setakat 5.30 petang, bekalan telah dipulihkan di kawasan Damansara City, Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial