AM > BERITA

Feri Percuma Pada 20 Okt Sempena Deepavali

16/10/2025 05:12 PM

GEORGE TOWN, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

“Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan