PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama) – Bersempena dengan Sambutan Hari Penguat kuasa ke-56 Tahun 2025, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pengarah Jabatan Integriti DBKL, Kamarulzaman Ahmad telah dianugerahkan Pingat Khidmat Terpilih Kelas 1.
Pingat ini merupakan penghargaan tertinggi kepada Penjawat Awam dianugerahkan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL atas khidmat bakti penerima sepanjang bertugas.
Majlis penganugerahan pingat itu telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif yang diadakan di Padang Kawad, Menara Penguatkuasa DBKL, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2025.
Kamarulzaman yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti DBKL sejak 2 Oktober 2023 hingga 1 Oktober 2025 dan disambung peminjaman untuk tempoh dua tahun lagi bermula 2 Oktober 2025 sehingga 1 Oktober 2027.
Pada majlis itu, seramai 40 warga DBKL yang menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi telah dianugerahkan pingat terdiri daripada Pingat Khidmat Terpilih Kelas 1 hingga 3 serta Pingat Khidmat Bakti Kelas 1 dan 2, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan sumbangan mereka kepada perkhidmatan awam bandar raya.
Sementara itu, Datuk Bandar KL dalam ucapannya pada majlis itu menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga penguatkuasaan yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada pentadbiran bandar raya dalam memastikan Kuala Lumpur kekal selamat, bersih dan teratur.
Beliau menegaskan bahawa integriti dan profesionalisme merupakan asas kepercayaan rakyat terhadap DBKL, dan menyeru agar nilai CATEE - Competent, Accountable, Transparent, Effective dan Efficient terus menjadi budaya kerja warga penguatkuasaan.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial