Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata baki 32 rumah lagi masih dalam pembinaan.
“Kerajaan melalui LKIM memperuntukkan lebih RM10 juta bagi pembinaan rumah baharu dan baik pulih rumah sedia ada untuk golongan nelayan.
“Kos pembinaan setiap rumah baharu ialah RM84,000 manakala baik pulih rumah pula sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dua rumah baharu PKPN sempena Majlis Ramah Mesra MADANI Pengerusi LKIM bersama komuniti nelayan Besut di Kampung Beting Lintang di sini hari ini.
Beliau berkata untuk baik pulih rumah pula sebanyak 131 rumah melibatkan kos RM2.62 juta telah disiapkan pada tahun ini, berbaki 81 rumah lagi masih dalam pelaksanaan.
Muhammad Faiz berkata negeri Terengganu mencatat penerima rumah baharu terbanyak di negara ini, iaitu 17 rumah.
Sementara itu, pada majlis sama beliau turut merasmikan Jeti Nelayan Beting Lintang yang baharu siap dibina oleh LKIM di Sungai Beting Lintang di sini, membabitkan kos RM497,000.
“Pembinaan jeti sepanjang hampir 100 meter itu akan memberi keselesaan kepada lebih 100 nelayan pesisir pantai di kampung berkenaan untuk melabuhkan perahu dan bot nelayan mereka sekali gus meningkatkan produktiviti tangkapan hasil laut,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial