AM > BERITA

Fahmi Ucap Takziah, Sifatkan Mohd Yazid Pemimpin Seni Komited, Berdedikasi

29/10/2025 03:21 PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Istana Budaya Mohd Yazid Zakaria yang meninggal dunia hari ini.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai sebutir permata dan pemimpin seni yang komited, berdedikasi serta disegani.

“Saya amat berdukacita menerima berita pemergian saudara Mohd Yazid pagi tadi. Allahyarham baru sahaja mengetuai orkestra semasa majlis makan malam Gala ASEAN dua hari lalu.

“Kehilangannya amat dirasai. Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Yazid pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pekerja Negara (Perkhidmatan Awam) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan