AM > BERITA

286 Mangsa Banjir Di Kedah, Perak Masih Berlindung Di PPS

03/11/2025 10:55 AM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sebanyak 286 mangsa banjir daripada 67 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perak, pagi ini.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah dengan 220 orang daripada 50 keluarga masih berada di satu PPS setakat 8 pagi ini berbanding 221 orang daripada 49 keluarga, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kesemua mangsa di daerah Pendang masih ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, melibatkan beberapa kampung dalam Mukim Rambai, Ayer Puteh, Padang Pusing, Padang Peliang, Padang Kerbau, Guar Kepayang dan Tobiar.

Di PERAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung berkurang pagi ini kepada 66 orang daripada 17 keluarga berbanding 107 orang daripada 28 keluarga, malam tadi.

Kesemua mangsa banjir dari Kampung Padang Serai itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 23 Okt lepas berikutan keadaan air di kawasan terbabit yang belum surut sepenuhnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut di kesemua daerah di Perak pada petang ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan