AM > BERITA

Zahid Rafak Sembah Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak

07/11/2025 01:22 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-69 hari ini.

"Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan semoga baginda terus berada dalam limpahan rahmat dan Inayat Allah SWT. 

"Patik serta rakyat jelata merafak sembah dan mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang panjang," katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, turut merakamkan ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan baginda, selain mendoakan kesejahteraan berpanjangan buat baginda serta seluruh keluarga.

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta‘ala melanjutkan usia, mengurniakan kesejahteraan dan keberkatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja Perak," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan