ALOR SETAR, 7 Nov (Bernama) -- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Muda, Kedah berikutan hujan berlarutan sejak tengah malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan setakat ini, 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka 12 tengah hari tadi.
“Kesemua mangsa adalah dari Mukim Sungai Petani yang melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Belah,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir memaparkan dua sungai di Kedah melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Jarak dekat Kulim dengan 5.33 meter (m) dan Sungai Titi Kerbau dekat Pendang (4.27m), manakala Sungai Pedu dekat Padang Terap melebihi tahap waspada (18.71m).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial