AM > BERITA

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000 - Sanusi

10/11/2025 12:25 PM

ALOR SETAR, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat, iaitu pada Januari dan Mac 2026.

"Kerjasama erat antara kepimpinan politik dengan jentera pentadbiran ialah kunci kejayaan kita dalam membangunkan negeri Kedah yang kita cintai ini.

"Sebagai menghargai usaha keras ini, sukacita diumumkan kerajaan negeri telah meluluskan bantuan khas kewangan ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM10 juta," katanya.

Beliau mengumumkan pemberian bantuan berkenaan semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan